Soalan Lazim

Akaun

Akaun boleh dibuat melalui beberapa cara:
- Klik "Daftar" di bahagian atas sebelah kanan dan sediakan akaun anda.
- Anda juga boleh log masuk menggunakan akaun Google atau Facebook anda, klik “Log Masuk” dan pilih kaedah log masuk pilihan anda.

Pergi ke bahagian "Profil" -> "Butiran Akaun" dan masukkan kata laluan baharu kemudian klik simpan untuk menetapkan semula.

Jika anda terlupa kata laluan, ikuti langkah berikut.
Langkah 1: Klik “Lupa Kata Laluan” dan masukkan alamat emel anda untuk menetapkan semula kata laluan.
Langkah 2: Emel pemulihan kata laluan akan dihantar ke alamat emel anda.
Langkah 3: Klik “Tetapkan Semula Kata Laluan” dan tetapkan kata laluan baharu anda.
Langkah 4: Log masuk semula ke akaun anda menggunakan kata laluan baharu.

Pergi ke bahagian "Profil" -> "Butiran Akaun" dan klik pada ruangan yang ingin diubah kemudian masukkan maklumat baharu.

Pergi ke bahagian "Profil" -> "Rakan & Keluarga" dan klik "Tambah Rakan & Keluarga Baharu". Lengkapkan semua ruangan wajib untuk memudahkan proses pembelian tiket.
Tempahan

Setelah pembelian berjaya, semua pengesahan tempahan dan tiket akan dihantar ke alamat emel berdaftar anda. Anda boleh berkongsi tiket dengan rakan atau keluarga jika anda menempah bagi pihak mereka.

Semak fail junk/spam; emel pengesahan mungkin berada di sana. Anda boleh melihat pembelian anda di bahagian "Tiket Saya".

Jika anda membeli tiket secara online, kami akan mengeluarkan e-resit dalam format PDF yang akan dihantar ke alamat emel berdaftar anda.

www.tbsbts.gohub.com.my paling baik dilihat dengan Google Chrome Versi 85 ke atas pada resolusi 1024 x 768 atau lebih tinggi.

Tidak, tidak wajib mencetak e-tiket. Anda hanya perlu tunjukkan ID atau nombor rujukan tempahan untuk mendapatkan boarding pass. Namun, anda disarankan untuk mencetak tiket bagi memudahkan proses daftar masuk.

Untuk transaksi Ringgit Malaysia, kami terima:
- Kad Kredit (Visa, MasterCard)
- Maybank2U
- Wang Mudah Alih
Kami akan menambah lebih banyak pilihan pembayaran pada masa akan datang.

Tidak. Penumpang boleh menggunakan mana-mana kad untuk membayar tiket, tidak semestinya kad sendiri. Namun, penumpang yang namanya digunakan untuk tempahan mesti membawa bukti identiti (bersama tiket) semasa menaiki bas.

Anda boleh hubungi kaunter di 603-9051 2000 untuk pertanyaan lanjut.

Tiket kanak-kanak hanya sah jika dibeli dari kaunter.

Adalah disarankan untuk membeli tiket untuk anak anda atas sebab keselamatan.

Biasanya syarikat bas ekspres akan membuka jadual mereka 1 bulan lebih awal.

Warganegara Singapura, Thailand dan Malaysia tidak memerlukan visa. Walau bagaimanapun, keperluan visa dikenakan kepada banyak negara lain. Sangat penting untuk menyemak sama ada visa diperlukan kerana anda mungkin ditolak masuk tanpa visa dan kami tidak bertanggungjawab terhadap akibat tersebut. Membuat visa di tempat di kastam 2nd link tidak digalakkan kerana ia akan mengambil masa lebih daripada 30 minit dan bas tidak akan menunggu lebih dari 30 minit.
Untuk maklumat lanjut, anda boleh log masuk ke:

Kementerian Luar Negeri
a) Singapore - http://www.mfa.gov.sg/content/mfa/consular_information/foreigners_visiting_singapore.html

Kementerian Luar Negeri, Tanglin, Singapore 248163
Emel : mfa@mfa.gov.sg
Telefon : (65) 6379 8000
Faks : (65) 6474 7885
Pusat Panggilan MFA One : 1-800- 476 8870
(Percuma untuk panggilan dari Singapura)

b) Malaysia - http://www.kln.gov.my/web/guest/requirement-for-foreigner

c) Thailand - http://www.mfa.go.th/web/2482.php?id=2491
Pembayaran

Tidak, tiket tidak boleh dikembalikan.